Friday 24 September 2010

HAMBA

1 Syawal hampir 2 minggu berlalu, muka setiap orang berseri-seri bila dapat beraya dengan orang tersayang. Tapi bukan semua macam tu, sebab ada yang tak dapat balik beraya dengan keluarga disebabkan tugas, terutamanya 'member' kat UPM Bintulu. Semua tu sebab bertugas menjaga ayam, sesungguhnya pengorbanan anda semua amatlah dihargai. Aku faham perasaan kamu semua sebab aku pun sudah 2 tahun beraya kat situ, tahun ni baru ada 'budget' nak balik.Alhamdulillah.

Tetapi kali ni bukan nak cerita pasal pengalaman raya atau kemeriahan beraya di kampung (walaupun suasana sama je tiap-tiap tahun.), nantilah aku cerita pasal tu. Aku lebih suka cakap pasal bulan sebelum Syawal, iaitu Ramadhan. Semua pun dah biasa tengok suasana masjid pada bulan Ramadhan, memang cukup meriah sebab ramai yang datang nak sembahyang terawih dan mungkin kalau ada majlis berbuka puasa, lagilah berduyun-duyun datang (dapat makan 'free' :D). Orang yang nak kurangkan kos macam aku ni dah tentu akan serbu masjid untuk buka puasa, biasalah hidup sebagai pelajar.

Berakhir je Ramadhan, masjid kembali sunyi. Otak mula berfikir bila kawan aku sentuh pasal benda ni. Masa tu kami baru balik dari main ragbi dan lalu depan masjid. Aku pun cakap kat dia "kita juga yang buat macam tu'. Sebab masa tu azan baru habis dilaungkan dan ada 2-3 orang yang baru berjalan ke masjid. Alangkah indahnya jika kami tergolong dalam kumpulan itu. Insyaallah. Tapi hari ni baru terjumpa jawapan yang sesuai kepada soalan kawan aku itu dan peringatan kepadaku sekali :

"Kita hanya menjadi hamba kepada Ramadhan, dan bukannya hamba kepada Allah"

Pesan Abe

Suatu hari, aku dapat 1 sms dari Abang Long (Abe). Dia minta tolong sangat-sangat, terus hati rasa risau sangat sebab dalam kepala dah fikir macam-macam terjadi kat dia. Mungkin dia perlukan duit  sebab aku pun dah faham sangat situasi kewangan dia. Tapi semua jangkaan itu salah, tetapi Abe hanya nak sampaikan pesanan kepada adik-adik yang dia sayang :
  1. Berusahalah untuk melengkapkan solat 5 waktu.
  2. Berusahalah untuk mengurangkan membuat dosa - dosa.
  3. Kalau mampu, bacalah / dengar walaupun sepotong ayat sehari.
  4. Tingkat dan mantapkan ilmu agama yang ada.
  5. 'Incase' abe "pergi dahulu", bila mak dan ayah sudah tua, utamakan mereka.
  6. Selalu berdoa kepada Allah supaya diri dan keluarga diakhiri nyawa dalam iman dan Islam. 
  7. Ada duit lebih, dermalah walaupun sepuluh sen (sekupang).
Hati sebak bila baca pesanan no. 5 dan mula terasa pesanan ini dah berubah kepada wasiat. Insyaallah, akan kami tunaikan semua pesanan semampu boleh dan mungkin pesanan ini berguna buat semua.

Monday 20 September 2010

" Manusia hilang sifat kemanusiaan disebabkan peraturan yang mereka cipta "
 
by : fikri harman

Tiang

Boleh ke buat rumah tak guna tiang?

Kalaulah hidup zaman batu dan logam dulu, memang boleh. Sebab boleh tinggal dalam gua, tak payah nak guna air cond atau kipas sebab memang nyaman pagi dan petang. Macam tempat Perak Man kat Lenggong, memang sejuk rumah Perak Man tu. Siap ada bilik lagi (home teater takde lah) tapi hidup beliau kurang sikit komitmen dari kita, sebab hari-hari minta tolong dari pokok, batu, dan mcm lagi yang beliau jumpa. (rajinnya minta tolong)

Secara logiknya tidak boleh tapi berdasarkan pendapat 'sengal' kawan-kawan, ia dibolehkan. haha. Bolehlah nak duduk rumah takde tiang, tapi rumah tu berukuran 6x4 kaki saja. Sempit sungguh tapi umah ni bukan kat flat, kondo,villa atas bukit atau kat kawasan perumahan tapi uniknya kat bawah tanah. 6-7 kaki ke dalam tanah(underground woo). Rumah ni pulak tak boleh bagi nama ikut suka, macam 'Villa Indah' atau 'Rumah Saya' tapi kena letak nama sendiri(bukan ikut nama dlm i/c lah). Kos utiliti pun takde, lagi la 'save' kos sara hidup dalam zaman yang perlukan perbelanjaan tinggi sekarang. Yola, nak buang air pun kena bayar 3 kupang. Kejiranan bagi rumah-rumah ni juga tenteram dan aman tetapi orang akan ramai serta sibuk pada waktu perayaan yang mana setahun sekali(orang balik kampung nak beraya). Bukan nak beraya atau minta duit raya, tetapi nak sedekahkan al-Fatihah dan berdoa kepada kita dan sesiapa sahaja yang mereka sayang.

Sunday 19 September 2010

KALAU

KALAUlah aku ada duit sejuta
KALAUlah dunia ni tak perlu lagi guna duit
KALAUlah dunia ni adil
KALAU kau jadi aku
KALAU engkau bijak pandai
KALAUlah kalau ni tak wujud
KALAUlah semua tak menjadi
KALAUlah semua orang faham, aku tak tulis semua ni

* tp semua ni kalau, bukan realiti.